Tuesday, January 26, 2010

~right now.....~

1) hate being myself...totally today...
2) feel sorry to my frenz for listening to my nag...useless gurl
3) hate ...when feel in love wit someone ....eeee...try to forget n erase
4) feel like crying in pain for useless thing
5) if i can be a heartless person
6) so regret ..4 calling dat person!!!!!!!!! ''napun''! bcoz of u ..i feel hpy
7) wut should i do now??
8) it hurt so much dat i cn't even breath
9) keep telling myself like a fool ..hurting myself n going crazy huh!

1 comment:

  1. Dear ieka,

    ~I’m soo sorry. Mungkin aku bukan kawan terbaik yg pernah wujud dalam hidup kamu. Sahabat yg baik adalah yg dapat menjadi cermin kepada sahabatnya dan aku belum mampu untuk menjadi cermin kamu sahabatku.

    I’m soo sorry. Bila aku mungkin kurang memberi respon positif bila kamu bercerita suasana hati kamu.*tak perlu dinyatakan di sini kerana aku yakin kamu mengerti*Aku dengan rela hati bersedia untuk menjadi pendengar untuk kamu bercerita tapi jika untuk memberikan kamu bunga2 harapan yg aku sendiri tidak pasti. Aku mohon maaf. Aku tidak mampu memberikan kamu harapan tapi aku yakin jika disandarkan harapan kamu pada Allah Maha Esa pasti kamu tidak akan kecewa.

    I’m soo sorry. Jika aku mungkin tidak dapat menghiburkan atau menghilangkan resah kamu dan kerana itu aku mengingatkan kamu untuk kita kembali kepadaNya kerana hanya Dia yg mampu menghilangkan semua mainan perasaan itu. Moga kamu tidak bosan/jemu/terasa hati dengan peringatan2 yg dikongsi bersama. Sekadar ingin mengingatkan diri untuk berserah segalanya pada Allah. Manusia mungkin tidak akan ada seorang pun yg memahami kamu secara mutlak tapi Allah mengetahui setiap lintasan di hati kita.

    Ketahuilah sahabatku.

    ~Aku sayang kamu dan moga2 sayangku ini kerana Allah.

    ~Di mata aku, kamu berani tapi kerana sayang ini aku tidak sanggup untuk mengajak kamu menempah derita bersama.

    Di mata aku, kamu cantik tapi kerana sayang ini aku tidak sanggup untuk membiarkan wajah cantik kamu menjadi bahan api di taman Jahannam.

    Dan kerana sayang ini juga aku ingin kamu kekal bersih dan suci seperti bunga lily.

    ~Aku bukanlah insan sempurna yg punya segalanya.

    Tidak juga sopan dan ayu seperti yg kamu katakan.

    Imanku ada naik turunnya.

    Terlalu banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki.

    Sungguh diri kerdil ini juga bersalut dosa yg tidak terkira.

    Tapi seperti mutiara kata yg ku kutip di jalanan hidup ini:

    Beramallah menurut keimanan masing-masing. Jika tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya. Lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal sebanyak yang boleh dan bertaubatlah kepada Allah dengan segala kesungguhan untuk bekal di akhirat kerana ‘YANG PERGI TIDAK AKAN PULANG KEMBALI’.

    Andai saja satu saat nanti aku pergi dulu menghadap-Nya, kenanglah aku dalam doamu sahabatku.

    With luv,
    Sahabatmu.

    ReplyDelete